Friday, June 10, 2011

Usaha Pihak Kerajaan Dalam Penjagaan Sumber-Sumber Air Di Malaysia

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mementingkan Sumber-sumber Air yang ada pada negara ini. Pihak kerajaan di Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjaga sumber air. Pihak ini melaksanakan pelbagai usaha-usaha yang agak berkesan demi menjamin masa depan Sumber Air kita yang semakin merosot. Pihak kerajaan yang berperanan sebagai Penjaga Sumber Air ini ditubuhkan di setiap negeri yang ada di Malaysia, contohnya di Selangor      SYABAS  Syarikat Bekalan Air Selangor



LATAR BELAKANG


Bhg. Tan Sri Rozali Ismail (EC)




Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ditubuhkan pada tahun 8 Julai 1996 di bawah      Malaysians Companies Act, 1965 untuk melakukan penswastaan ​​perkhidmatan bekalan air di negeri   Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


 Antara usaha-usaha SYABAS ialah :


  • Penyediaan air berkualiti bersih kepada pelanggan.
  • Penyelengaraan rutin infrastruktur dan aset yang berkaitan dengan air secara berkala.
  • Menggantikan paip dan meter air yang sepatutnya diganti
  • Juga menyediakan kaedah pembayaran yang selesa untuk pelanggan-pelanggan.
  • Meningkatkan kesedaran pelanggan tentang isu-isu yang berkaitan dengan air untuk memastikan taraf hidup yang tinggi berterusan.



    Seterusnya di Sabah, JANS Jabatan Air Negeri Sabah



                                                                LATAR BELAKANG
                                                      
                                                          Ag. Mohd. Tahir b. Mohd. Talib
                                                                        (Pengarah)

    Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI). Pada masa ini, JANS menjalankan fungsi di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengawal dan mengawalselia pembekalan dan pengagihan air terawat kepada penduduk Negeri Sabah.

    Terdapat 51 loji perawatan air beroperasi di seluruh Sabah dengan purata pengeluaran 927 juta liter air sehari bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini. Liputan bekalan air ini telah merangkumi ke tahap 99% penduduk bandar dan 53% penduduk luar bandar dengan panjang rangkaian paip air sebanyak 8,578 km. Terdapat 351,166 pengguna berdaftar dengan JANS melalui 9 buah Pejabat Air Bahagian dan 18 buah Pejabat Air Daerah di seluruh negeri.

    SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AIR NEGERI SABAH

    Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada asalnya menjalankan operasi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Bahagian Haidrolik, JKR. Semasa bernaung di bawah JKR, bidangkuasa Pihak Berkuasa Air sebagaimana yang termaktub di dalam Ordinan Bekalan Air Sabah 1961 (yang dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 1962), adalah dipertanggungkan kepada Pengarah JKR Negeri Sabah.

    Pada bulan April 1987, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menjadikan Jabatan Air sebagai sebuah Jabatan penuh di bawah tanggungjawab seorang Pengarah dan diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya Sabah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI).

    Berikutan daripada itu, JANS telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai satu Jabatan sendiri berkuatkuasa 1hb. Januari 1988 dengan kelulusan pindaan-pindaan kepada Ordinan Bekalan Air, 1961 oleh Dewan Undangan Negeri.

    Bagi menjalankan bidangkuasa, fungsi dan tanggungjawabnya, Pengarah Air telah diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Air melalui pindaan yang dibuat pada 1hb. Julai 1987 ke atas taksiran Pihak Berkuasa Air dengan menggantikan ‘Director of Public Works’ kepada ‘Director of Department’ dalam seksyen 2 Ordinan Bekalan Air 1961 di samping memansuhkan Enakmen Pihak Berkuasa Air Negeri Sabah 1981 (Sabah Water Authority Enactment 1981).
                                                                                                                                                                                                                                                    

                                                 Antara usaha-usaha JANS ialah :                           
  • Mengurus pengeluaran dan pengagihan air, dan kutipan hasil.
  • Mengawalselia dan mengawal pembekalan air.
  • Memastikan kecekapan dan kualiti dalam pembekalan air.
  • Menjalankan fungsi kawalseliaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Enakmen ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya.
  • Menyiasat apa-apa kemalangan yang melibatkan apa-apa bahagian sistem bekalan air akibat daripada pengendalian dan penyelenggaraan apa-apa sistem bekalan air atau perkhidmatan bekalan air.
  • Menghendaki Pihak Berkuasa Bekalan Air untuk melaksanakan apa-apa tanggunjawab yang dikenakan kepadanya oleh atau di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.
  • Menetapkan suatu tataamalan bagi Pihak Berkuasa Bekalan Air.
  • Mendakwa apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini.
  • Mengeluarkan lesen.
  • Mengkaji semula peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan untuk menbuat syor kepada Menteri.
  • Menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada pendapat Pihak Berkuasa Air Negeri perlu dan bersampingan bagi maksud perjalanan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Enakmen ini.


                   Perak pula,  LAP Lembaga Air Perak
                              
                                                        
                                                           LATAR BELAKANG
                            
                                   
                                    Dato' Ir. Mohd Yusof Mohd Isa (Pengurus Besar LAP)      




    Sebelum 1 Januari, 1981, segala perkara yang bersangkutan dengan bekalan air di negeri Perak Darul Ridzuan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Perbekalan Air yang diketuai oleh seorang Jurutera Penguasa. Pada Januari, 1981, Jabatan Bekalan Air (JBA) telah ditubuhkan untuk mengambil alih segala urusan mengenai bekalan air daripada JKR. JKB diketuai oleh seorang Pengarah yang bertindak sebagai Ketua Eksekutif bagi jabatan berkenaan. Pentadbiran JBA dipecahkan kepada 10 buah daerah dalam negeri Perak yang terdiri daripada Kinta, Perak Tengah, Manjung, Batang Padang, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama, Kerian, Kuala Kangsar, Hulu Perak, dan Kampar. Lembaga Air Perak ditubuhkan mengikut Undang-undang Negeri Perak di bawah Enakmen 12 tahun 1988 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari, 1990.                                                                                                                 
                                   
                                                       Antara usaha-usaha LAP ialah : 
    • Perlunya mengawal pembaziran, terutamanya kehilangan air tak berhasil ke tahap munsabah.
    • Penggunaan teknologi yang optima.
    • Menghormati dan menjaga persekitaran.


      Sarawak, LAK Lembaga Air Kuching

    LATAR BELAKANG
    Bhg Datu Ir. Hubert Thian Chong Hui
    (Pengarah) 




    Lembaga Air Kuching telah ditubuhkan pada 1 Januari 1959, dengan kuasa Akta Lembaga Air Kuching 1959, Notification No. S. 12 of 1959, di bawah Seksyen 2 dan 3, Ordinan Bekalan Air untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching daripada Jabatan Bekalan Air Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air (Sarawak Cap. 141) yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada Januari 2001, Lembaga Air tersebut telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching 2001.

    Lembaga Air Kuching bertanggungjawab dalam pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan semua kerja pengepaman air dalam kawasan bekalannya dan polisi Lembaga Air Kuching adalah untuk mengembangkan pusat dan membangunkan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat memberi bekalan air berkualiti yang mencukupi dalam kawasan bekalannya. Penyesuaian sistem bekalan air adalah berdasarkan segala aspek kemodenan dan pembangunannya dirangka untuk memenuhi permintaan perkembangan pembangunan yang dirancang.

    Sejak permulaan operasinya pada tahun 1959, Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai organisasi kerajaan yang bebas. Organisasi ini mempunyai pejabatnya sendiri, tempat rawatan dan tugas-tugas pembekalan air yang lain, bengkel, stor dan kemudahan pengangkutannya yans sendiri.

    Lembaga Air Kuching tidak berorientasikan keuntungan tetapi merupakan organisasi perkhidmatan awam yang tujuan tunggalnya hanya untuk membekalkan air yang bersih dan boleh dipercayai kepada pengguna bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.


                                                  Antara usaha-usaha LAK ialah :

    • Pengurusan Air dan Pelaksanaan Projek-Projek Saliran dan Pengairan.
    • Tebatan Banjir
    • Kejuruteraan Sungai dan Pantai
    • Hidrologi dan Sumber Air
    • Perlaksanaan Jalan-Jalan Luar Bandar



      
    Di Utara pula Kelantan, JANK Jabatan Air Negeri Kelantan


                 
     
    LATAR BELAKANG


    Tg Adll bin Tg Abdullah(Pengarah)

    abatan Air Negeri Kelantan (JANK) merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan sumber air di Negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya  pada 1 Januari 1996, fungsi JANK adalah untuk mengawalselia perkhidmatan bekalan air yang telah diswastakan pada 1 Oktober 1995. Penubuhan jabatan ini juga adalah selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Bekalan Air 1995.
    Matlamat awal penubuhan jabatan ini adalah untuk mempastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan secara effisien selaras dengan Dasar Air Negeri. Namun setelah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) berkuatkuasa, fungsi kawalselia bekalan air telah diambilalih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bermula pada 1 Januari 2008. Pengambilalihan ini dilakukan di semua negeri di Semenanjung mengikut Akta Pengurusan Industri Air Negara (WISA).
    Ekoran dari pengambilalihan tersebut, Jabatan Air Negeri Kelantan kini berfungsi sebagai pengawalselia sumber air yang merangkumi kawasan tadahan, sungai, tasik, telaga dan semua sumber air mentah yang lain.
    Selain itu, jabatan ini juga masih mengawal projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia (RMK) yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi (AKSB) kerana ia melibatkan pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kerajaan Persekutuan.


    Antara usaha-usaha JANK ialah :


    • Memantau aktiviti manusia dan pembangunan di kawasan tadahan yang telah ditawartakan supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan (Prescribed Activity).
    • Mengawal penggunaan sumber air mentah secara perlesenan supaya kegunaannya dioptimumkan dan memberikan hasil royalti kepada Kerajaan.
    • Memberikan pendidikan kepada rakyat supaya menghargai air dan pentingnya pemeliharaan sumber air.




     
                                                                                                                             





1 comment: