Aku si air, adakalanya aku dipanggil H2O. Aku dicipta di bumi ini secara semula jadi, aku adalah keperluan setiap manusia di bumi. Tetapi semakin hari, aku berasa lain dan hairan kerana pada awalnya aku di dunia ini manusia sering datang ke tempat aku untuk bermandi-manda, menangkap ikan ataupun memancing. Dan aku juga hairan kerana dulunya aku dikelilingi oleh awan-awanan dan pokok-pokok yang menghijau, tetapi sekarang aku dikelilingi oleh sebuah benda kotak yang banyak dan tersusun rapat. "Di manakah pokok-pokok itu?" "aku bukannya mahukan kotak tetapi alam semula jadi yang segar!".
Aku juga sering merasa sesuatu yang berbeza dengan udara di tempat aku sekarang seperti ada bau busuk yang mengelilingi aku sehingga aku tidak tertahan dengan bau itu, aku masih tertanya-tanya. Rupa-rupanya itu adalah sampah yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, aku cuma boleh bersabar dan bersabar kerana tiada apa-apa yang dapat ku lakukan.
Pada suatu hari aku, aku terlihat seorang remaja yang berlegar-legar di sekeliling aku, aku pun hairan. Di sebalik pergerakannya, rupa-rupanya dia mahu membuang air kecil yang tidak tertahannya ke aku. Dengan perasaan yang tidak bersalah, dia terus melakukan niatnya itu. "cis! aku pula menjadi mangsanya! sedangkan kerajaan telah menyediakan tempat sesuai untuk kamu membuang air, aku juga yang kamu pilih!" Aku cuma dapat bersabar. Alangkah malangnya nasibku, aku berharap suatu hari nanti ada seseorang yang akan muncul dan membersihkan aku ini, hanya itu pintaku.
Di suatu petang yang indah, semasa cuaca yang agak baik aku lihat dan menyedari ada manusia yang menuju datang ke tempat ku. Aku menyangka itu cuma mereka yang ingin menjadikan aku sebagai tempat pembuangan air mereka, tetapi aku hairan seorang demi seorang mereka datang dan semakin ramai bilangan mereka. Rupa-rupanya ada juga yang mendengar harapan ku, "oh! mereka itu mahu membersihkan aku rupanya." Aku berasa sangat terharu apabila mereka rela membersihkan aku dengan perasaan yang sangat gembira dan keseronokkan itu jelas terpampang di muka mereka.
Akhirnya, bersihlah juga diriku ini yang dulunya berbau busuk teramat. Seorang demi seorang mereka pulang seperti mana pada mulanya mereka datang. Di hati ku aku berkata "alangkah indahnya kalau Tuhan memberi aku peluang untuk aku mengucapkan terima kasih kepada mereka". Dengan usaha mereka itu, kini nasib ku berubah daripada malang kepada baik kerana usaha mereka mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Sekarang aku tidak perlu berasa bimbang lagi kerana aku sentiasa berbau semula jadi seperti dulu.
TERIMA KASIH ..
No comments:
Post a Comment