Friday, June 3, 2011

Tip Untuk Menjaga Sumber Air Kita

  • Jangan membuang sampah sarap ke dalam sungai kerana sungai merupakan punca utama air minuman di Malaysia. Jumlah sungai yang tercemar serta "sungai mati" meningkat dengan mendadak dan ini membuktikan bahawa sungai-sungai di negara kita mengalami risiko pencemaran serta akan menambah kos rawatan air yang dibekalkan ke rumah kita 
  • Penggunaan barang kegunaan seharian di rumah seperti bahan pencuci yang tidak boleh dibiodegradasi, minyak masak, racun serangga dan bahan kimia seharusnya dikurangkan penggunaannya. Bahan pencuci yang boleh dibiodegradasi atau mesra alam, racun serangga organik harus dipilih untuk sebagai pengganti di samping memastikan minyak masak yang digunakan dibuang dengan cara yang selamat.                                          

  • Periksa kandungan klorofluorokarbon (CFC) atau "gas rumah hijau" yang lain yang dilepaskan oleh penghawa dingin,peti sejuk atau penyemburan racun serangga kerana pencemaran udara memberi kesan buruk kepada kitaran air dan sumber air kita. Berkongsi kereta juga disarankan untuk mengurangkan pengeluaran asap kenderaan yang banyak.
                 
     


    • Laporkan sebarang pencemaran air disebabkan oleh sisa buangan industri yang disalurkan ke dalam sungai, pencemaran udara oleh asap kilang, pembalakan tanpa kebenaran, penyalur sisa kumbahan yang tidak dirawat serta aktiviti pembangunan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik di sekitar kawasan tempat tinggal anda. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab!          

    No comments:

    Post a Comment