Thursday, June 16, 2011

SUDUT HIBURAN : Lagu "Sayangi Air: oleh Calvin Andrew Umbang

Ini ialah lagu bertajuk "Sayangi air" muzik untuk lagu ini adalah daripada kumpulan terkenal Korea tetapi liriknya adalah hasil ciptaan saya sendiri. Minta maaf atas kualiti video yang rendah. Semoga berhibur!


Lirik:

Oh,oh,oh Sayangi aku,
Oh,oh,oh Cintai aku,
Oh,oh,oh  yeahh...

Lihat lah wahai kawanku,
Air yang kita nikmati,  (airku,air mu juga , yeahhh)

Tanpa kita sedari,
ia sudah di cemari (airku...... ohh,  juga untuk semua...)                                                                                                                                                                         
Sedih melihat ke sini sana,
sumber air makin dicemari,
Tidakkah ingin KITA menjaga..............??

Sayangi air, sayangi air    (yeah..2x )
kerana air keperluan utama manusia, 
Cintai air,cintai air,   (yeah..2x)
seperti.. mana, kau cintai DIA... hooooooo..


Sayangi lah Air kita, setiap hari....

Air Untuk kita semua, ....sayangi lah (oh.oh.oh.ohyeah..2x) 2X

OH YEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.................^_~

Biarlah kita nikmati,
sumber air yang bersih, (airku, air mu juga...yeahhh..)

tiada yang dapat memisah,
air dan Manusia, ( kerana..ohh AIR untuk semua...)

Fikir-fikir aku terfikir,
bagaimana menjaga air?
agar ia sentiasa terjaga.....................
       
         {{korus}}
Sayangi air, sayangi air    (yeah..2x )
kerana air keperluan utama manusia, 
Cintai air,cintai air,   (yeah..2x)
seperti.. mana, kau cintai DIA... hooooooo..


Sayangi lah Air kita, setiap hari....

    {{rAp}}
yeah.. air ku juga, air mu juga,
air dan manusia sentiasa bersama,
tidak kira tempat,tidak kira masa ia sentiasa bersama...
jaga,sayang ia sepenuh masa,
jangan... pula kita cemarinya,
Air,air untuk MANUSIA........
heh... aku?, kau? kita perlukannya........


Sayangi air.................................................(sayangi air) yeahhhhhhhhhhhhhh.......................................


Sayangi air, sayangi air    (yeah..2x )
kerana air keperluan utama manusia, 
Cintai air,cintai air,   (yeah..2x)
seperti.. mana, kau cintai DIA... hooooooo..


Sayangi lah Air kita, setiap hari....

Air Untuk kita semua, ....sayangi lah (oh.oh.oh.ohyeah..2x) 2X






Saya berharap selepas mendengar dan menghayati lagu ini, sama-samalah kita semua Mencintai dan Menyayangi  "Air".


TERIMA KASIH......









SUDUT HIBURAN : "Air Dan Manusia Sentiasa Bersama"



                                       

Air dan manusia sentiasa bersama percaya kah anda? Saya akan membuktikan kepada anda lebih lanjut lagi.


Pada suatu hari seorang remaja sedang menari di ruang tamu rumahnya...










Sudah terbukti yang penari juga sangat memerlukan air, kerana air menghidrat kita untuk kita melakukan sesuatu semula samalah seperti penari tadi itu.



Pada minggu yang lalu seorang penyanyi telah membuat pencubaan suara di rumahnya...








Seorang penyanyi juga sangat memerlukan air, kerana air juga memberi tenaga kepada kita untuk melakukan sesuatu dan antaranya menyanyi. Kalau anda meneruskan nyanyian anda tanpa tanpa air, mungkin anda akan diberi cuti tanpa membuat sebarang persembahan selama sebulan kerana kesakitan tekak.




  Lihatlah betapa pentingnya air kepada manusia. Konklusinya, setiap di antara kita haruslah menjaga air kerana benyak kepentingannya yang membawa kebaikan kepada kita.


TERIMA KASIH...










Wednesday, June 15, 2011

SUDUT HIBURAN : Pantun "Sayangi Air"

Pantun yang saya sediakan adalah untuk dijadikan teladan kepada kita semua, semoga anda terhibur!





Balik kampung menanam padi,
suburkan padi gunakan air,
jangan lupa kita gunakan apa mandi?
ia dicipta diberi nama air



Balik rumah naiki kereta,
Dinantikan oleh yang dicintai,
Tuhan itu maha pencipta,
Air dicipta, kita hargai



Jangan biarkan mata berair,
Kita hidup tak selalu panjang usia,
sedangkan bunga layu tanpa air,
apakan lagi KITA manusia



Tepi pantai ada sebuah rumah,
rumah dibina oleh manusia,
Air dan manusia sentiasa bersama,
Tidak kira masa,tempat mahupun usia



Tiap hari ke sumur padi,
Pergi memancing bersama Mori
Air dicipta secara semula jadi,
Cintai dan Sayangilah setiap hari



TERIMA KASIH ..

SUDUT HIBURAN : Cerita "Si Air Dari Bernasib Malang Bertukar Kepada Nasib Baik"

 
Saya juga menyediakan sebuah cerita KHAS mengenai air, harap anda semua terhibur!


            Aku si air, adakalanya aku dipanggil H2O. Aku dicipta di bumi ini secara semula jadi, aku adalah keperluan setiap manusia di bumi. Tetapi semakin hari, aku berasa lain dan hairan kerana pada awalnya aku di dunia ini manusia sering datang ke tempat aku untuk bermandi-manda, menangkap ikan ataupun memancing. Dan aku juga hairan kerana dulunya aku dikelilingi oleh awan-awanan  dan pokok-pokok yang menghijau, tetapi sekarang aku dikelilingi oleh sebuah benda kotak yang banyak dan tersusun rapat. "Di manakah pokok-pokok itu?" "aku bukannya mahukan kotak tetapi alam semula jadi yang segar!".
         Aku juga sering merasa sesuatu yang berbeza dengan udara di tempat aku sekarang seperti ada bau busuk yang mengelilingi aku sehingga aku tidak tertahan dengan bau itu, aku masih tertanya-tanya. Rupa-rupanya itu adalah sampah yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, aku cuma boleh bersabar dan bersabar kerana tiada apa-apa yang dapat ku lakukan.
         Pada suatu hari aku, aku terlihat seorang remaja yang berlegar-legar di sekeliling aku, aku pun hairan. Di sebalik pergerakannya, rupa-rupanya dia mahu membuang air kecil yang tidak tertahannya ke aku. Dengan perasaan yang tidak bersalah, dia terus melakukan niatnya itu. "cis! aku pula menjadi mangsanya! sedangkan kerajaan telah menyediakan tempat sesuai untuk kamu membuang air, aku juga yang kamu pilih!" Aku cuma dapat bersabar. Alangkah malangnya nasibku, aku berharap suatu hari nanti ada seseorang yang akan muncul dan membersihkan aku ini, hanya itu pintaku.
         Di suatu petang yang indah, semasa cuaca yang agak baik aku lihat dan menyedari ada manusia yang menuju datang ke tempat ku. Aku menyangka itu cuma mereka yang ingin menjadikan aku sebagai tempat pembuangan air mereka, tetapi aku hairan seorang demi seorang mereka datang dan semakin ramai bilangan mereka. Rupa-rupanya ada juga yang mendengar harapan ku, "oh! mereka itu mahu membersihkan aku rupanya." Aku berasa sangat terharu apabila mereka rela membersihkan aku dengan perasaan yang sangat gembira dan keseronokkan itu jelas terpampang di muka mereka.
         Akhirnya, bersihlah juga diriku ini yang dulunya berbau busuk teramat. Seorang demi seorang mereka pulang seperti mana pada mulanya mereka datang. Di hati ku aku berkata "alangkah indahnya kalau Tuhan memberi aku peluang untuk aku mengucapkan terima kasih kepada mereka". Dengan usaha mereka itu, kini nasib ku berubah daripada malang kepada baik kerana usaha mereka mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Sekarang aku tidak perlu berasa bimbang lagi kerana aku sentiasa berbau semula jadi seperti dulu.
          
       
                       TERIMA KASIH .. 
















SUDUT HIBURAN : Sajak "Aku Si Air"

Saya telah menyediakan sebuah sajak hasil buah fikiran saya sendiri untuk pembaca sekalian, nikmatilah!



Aku si air,
Ciptaan Tuhan yang maha esa,
Pemberi hidup manusia,
Jasaku tidak terkira.


Aku si air,
Dicipta abadi selamanya,
Walaupun Dunia bergelora,
Aku senantiasa kekal


Aku si air,
Ditemani pasir dan batu-batuan
Sentiasa bersama bercanda
Tiada apa dapat memisahkan,
Walaupun sejuta meteor menghujani kami.


Aku si air,
Dibawa ke gunung,awan,lautan, dan daratan
Sebagai pengubat dahaga,
Walaupun di mana jua,
Air dan manusia sentiasa bersama.


Tip (3M): Alatan Sesuai dan Cara Betul Untuk Mengurangkan Pencemaran Dan Pembaziran Air


Salam Sejahtera kepada pembaca, pada kali ini saya akan memberikan TIP 3M. Apa itu TIP 3M? Sebenarnya, 3M ialah singkatan bagi memilih,menggunakan, dan membaiki

1)Memilih- memilih alatan yang sesuai untuk mengurangkan pembaziran air
2)Menggunakan- menggunakan alatan dengan betul tanpa melakukan pembaziran atau pencemaran
3)Membaiki- membaiki sesuatu alatan yang telah rosak atau tersumbat untuk mengelakkan pencemaran atau pembaziran.

Sudah jelas kan? TIP 3M ini amat sesuai kepada sesiapa yang menghadapi kerunsingan untuk memilih,menggunakan, dan membaiki dengan betul sesuatu alatan atau benda yang boleh mengakibatkan pencemaran dan pembaziran.

                                                              1)MEMILIH


 Memilih sesuatu alatan atau berkaitan dengan konsep air iaitu "pili" air adalah sesuatu yang mudah jika kita berpengalaman dalam sistem pili air, tetapi tidak semua orang ada pengalaman yang sama. Saya akan memberi tip-tip memilih pili air yang sesuai untuk mengurangkan pembaziran atau pencemaran.

1) Pilih pili air yang mempunyai pengawal kadar pengeluaran air                                                                      - pili ini sering digunakan di bilik-bilik mandi hotel, ini kerana pihak hotel ingin mengurangkan kadar
   pengeluaran air secara berlebihan sekaligus menjimatkan kos. Tetapi pili ini juga boleh digunakan di rumah anda sendiri. Contohnya seperti dibawah ini:
  

2) Pilih pili air yang telah diluluskan oleh pihak kementerian kerana ini memastikan samaada pili yang dibeli itu selamat digunakan dan tidak mudah rosak.



3) Selain pili air, ada juga jenis mangkuk tandas yang telah direka boleh mengurangkan kadar pengeluaran air secara berlebihan daripada tangki simbah. Teknologi ini dipanggil  "Dual Flush Toilet" ataupun sejenis mangkuk tandas yang mempunyai dua butang penyimbah. Mangkuk tandas jenis ini menyalurkan air daripada tangki simbah ke mangkuk mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi setiap pembuangan. Dengan cara ini kita boleh berjimat!



   
 Fungsi butang-butang itu ialah:

Butang pertama (besar) - Sesuai untuk pembuangan air besar, kerana ia memerlukan air yang benyak untuk membawa ia keluar.

Butang kedua (kecil) - Pula sesuai untuk pembuangan air kecil kerana ianya tidak memerlukan air yang banyak, cuma hanya beberapa liter air diperlukan berbanding dengan air besar.

Dengan teknologi yang sedia ada ini mampu membantu kita mengurangkan pembaziran air.


                                                              


                                                                  2)Menggunakan

Setiap orang mempunyai cara masing-masing menggunakan alatan dengan agak betul. Tetapi, disebalik itu ada cara lain yang boleh diamalkan oleh setiap orang untuk menggunakan alatan dengan betul seterusnya mengurangkan pembaziran.

1) Menggunakan alatan tangan yang bersih terutama kepada pekerja pembaikan paip air sungai, kerana alatan tangan yang kotor apa lagi berminyak boleh menyebabkan air sungai kotor dan pencemaran akan berlaku. Walaupun. kita sedia maklum kebanyakkan alatan tangan yang digunakan untuk membaiki paip air sentiasa kotor namun dengan sedikit pembersihan ianya dapat mengurangkan pencemaran.




2)Menggunakan pencuci kain berjauhan daripada sumber air contohnya sungai kerana ini akan menyebabkan pencemaran air dan penyebab penyakit atau kematian kepada sesiapa yang meminum air sungai itu.







                                                                  3)Membaiki

Membaiki yang saya maksudkan ialah cara-cara pembaikkan secara awal dan betul untuk mengelakkan paip saliran air ke luar tersumbat dan itu akan mengakibatkan pencemaran.


1) Membaiki sistem saliran jika anda melihat ia bocor atau tersumbat.




2) Pastikan longkang anda sentiasa bersih dan tiada kerosakkan seperti kepingan simen yang pecah dengan cara membaik pulih.







Akhirnya, selamat mencuba TIP 3M saya ini dan saya berharap agar sumber air kita sentiasa bersih dan tidak terbazir. Setakat ini sahaja daripada saya, selamat mencuba!












Monday, June 13, 2011

Kebaikan Pendedahan Tentang Kepentingan Menjaga Sumber Air Kepada Masyarakat

      Selain hanya membaca artikel-artikel kepentingan menjaga sumber air, masyarakat juga HARUS didedahkan tentang kepentingan menjaga kebersihan air, ini kerana masyarakat dapat mengetahui dan juga boleh mempraktikkannya secara lanjut. Pendedahan yang saya maksudkan adalah seperti, mengadakan aktiviti-aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sungai, mengadakan pertandingan pengutip sampah terbanyak di sekitar kawasan sungai dan seumpamanya. Pengalaman yang didapat oleh individu yang menyertainya boleh dipraktikkannya, sekaligus menarik perhatian rakan,jiran atau keluarganya sendiri untuk bersama-sama membersihkan kawasan-kawasan yang terdapatnya sumber air seperti Sungai. Ia juga boleh dikatakan seperti "Pengalaman seseorang, membawa perubahan kepada semua".







     Selain itu, pendedahan tentang sesuatu perkara yang baik bukanlah seperti memaksa atau menhgugut untuk menyertai bersama, tetapi secara aman. Secara aman yang saya maksudkan, adalah seperti mengadakan kempen-kempen ataupun pendedahan secara "rumah ke rumah" kebaikan yang boleh didapati di sini ialah perhubungan secara dekat antara pihak-pihak kerajaan dengan penduduk yang dulunya sukar dilakukan kerana sebab-sebab tertentu, tetapi dapat dilakukan dengan hanya melakukan pendedahan kepentingan menjaga sumber air dan juga boleh dilakukan oleh pendedahan-pendedahan lain.

   Saya telah terbaca sebuah artikel tentang sekumpulan murid yang menjalankan "khidmat komuniti" membersihkan persekitaran sungai. Seorang daripada mereka telah ditanya beberapa soalan, "sudah sedia maklum bahawa aktiviti ini dapat menjadikan kawasan sungai itu bersih, tetapi saya ingin bertanya adakah aktiviti ini memberi kesan kepada kamu semua? Dia menjawab, "ya! sudah tentu, antara kesan yang saya sendiri dapat rasakan ialah, khidmat komuniti sebegini dapat memupuk semangat bekerjasama diantara kami". "Tetapi bukan itu sahaja, ini juga memberi kesan terhadap tahap ideologi kami dalam menyumbang idea baru dalam pemuliharaan sumber air".






    Seorang pelajar juga amat sesuai sekali diberikan pendedahan sebegini kerana "generasi muda" ini mudah untuk dibentuk menerima nasihat. Mereka boleh didedahkan dengan perkara-perkara asas seperti cara melindungi air, menjimatkan air dan segalanya yang berkaitan dengan air. "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit" begitulah juga dengan mereka, pengalaman yang mereka dapat pada mulanya agak sikit, tetapi lama-lama semakin berjuta banyakknya. Pengalaman mereka ini memberi mereka kelebihan pada masa akan datang.



    Akhirnya, jelaslah banyak kebaikkan daripada "Pendedahan Kepentingan Menjaga Sumber Air". Jadilah seorang yang menjaga dan mencintai air      KERANA






















Friday, June 10, 2011

Usaha Pihak Kerajaan Dalam Penjagaan Sumber-Sumber Air Di Malaysia

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mementingkan Sumber-sumber Air yang ada pada negara ini. Pihak kerajaan di Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjaga sumber air. Pihak ini melaksanakan pelbagai usaha-usaha yang agak berkesan demi menjamin masa depan Sumber Air kita yang semakin merosot. Pihak kerajaan yang berperanan sebagai Penjaga Sumber Air ini ditubuhkan di setiap negeri yang ada di Malaysia, contohnya di Selangor      SYABAS  Syarikat Bekalan Air Selangor



LATAR BELAKANG


Bhg. Tan Sri Rozali Ismail (EC)




Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ditubuhkan pada tahun 8 Julai 1996 di bawah      Malaysians Companies Act, 1965 untuk melakukan penswastaan ​​perkhidmatan bekalan air di negeri   Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


 Antara usaha-usaha SYABAS ialah :


  • Penyediaan air berkualiti bersih kepada pelanggan.
  • Penyelengaraan rutin infrastruktur dan aset yang berkaitan dengan air secara berkala.
  • Menggantikan paip dan meter air yang sepatutnya diganti
  • Juga menyediakan kaedah pembayaran yang selesa untuk pelanggan-pelanggan.
  • Meningkatkan kesedaran pelanggan tentang isu-isu yang berkaitan dengan air untuk memastikan taraf hidup yang tinggi berterusan.



    Seterusnya di Sabah, JANS Jabatan Air Negeri Sabah



                                                                LATAR BELAKANG
                                                      
                                                          Ag. Mohd. Tahir b. Mohd. Talib
                                                                        (Pengarah)

    Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI). Pada masa ini, JANS menjalankan fungsi di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengawal dan mengawalselia pembekalan dan pengagihan air terawat kepada penduduk Negeri Sabah.

    Terdapat 51 loji perawatan air beroperasi di seluruh Sabah dengan purata pengeluaran 927 juta liter air sehari bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini. Liputan bekalan air ini telah merangkumi ke tahap 99% penduduk bandar dan 53% penduduk luar bandar dengan panjang rangkaian paip air sebanyak 8,578 km. Terdapat 351,166 pengguna berdaftar dengan JANS melalui 9 buah Pejabat Air Bahagian dan 18 buah Pejabat Air Daerah di seluruh negeri.

    SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AIR NEGERI SABAH

    Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada asalnya menjalankan operasi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Bahagian Haidrolik, JKR. Semasa bernaung di bawah JKR, bidangkuasa Pihak Berkuasa Air sebagaimana yang termaktub di dalam Ordinan Bekalan Air Sabah 1961 (yang dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 1962), adalah dipertanggungkan kepada Pengarah JKR Negeri Sabah.

    Pada bulan April 1987, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menjadikan Jabatan Air sebagai sebuah Jabatan penuh di bawah tanggungjawab seorang Pengarah dan diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya Sabah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI).

    Berikutan daripada itu, JANS telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai satu Jabatan sendiri berkuatkuasa 1hb. Januari 1988 dengan kelulusan pindaan-pindaan kepada Ordinan Bekalan Air, 1961 oleh Dewan Undangan Negeri.

    Bagi menjalankan bidangkuasa, fungsi dan tanggungjawabnya, Pengarah Air telah diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Air melalui pindaan yang dibuat pada 1hb. Julai 1987 ke atas taksiran Pihak Berkuasa Air dengan menggantikan ‘Director of Public Works’ kepada ‘Director of Department’ dalam seksyen 2 Ordinan Bekalan Air 1961 di samping memansuhkan Enakmen Pihak Berkuasa Air Negeri Sabah 1981 (Sabah Water Authority Enactment 1981).
                                                                                                                                                                                                                                                    

                                                 Antara usaha-usaha JANS ialah :                           
  • Mengurus pengeluaran dan pengagihan air, dan kutipan hasil.
  • Mengawalselia dan mengawal pembekalan air.
  • Memastikan kecekapan dan kualiti dalam pembekalan air.
  • Menjalankan fungsi kawalseliaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Enakmen ini dan peraturan yang dibuat di bawahnya.
  • Menyiasat apa-apa kemalangan yang melibatkan apa-apa bahagian sistem bekalan air akibat daripada pengendalian dan penyelenggaraan apa-apa sistem bekalan air atau perkhidmatan bekalan air.
  • Menghendaki Pihak Berkuasa Bekalan Air untuk melaksanakan apa-apa tanggunjawab yang dikenakan kepadanya oleh atau di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.
  • Menetapkan suatu tataamalan bagi Pihak Berkuasa Bekalan Air.
  • Mendakwa apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini.
  • Mengeluarkan lesen.
  • Mengkaji semula peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan untuk menbuat syor kepada Menteri.
  • Menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang pada pendapat Pihak Berkuasa Air Negeri perlu dan bersampingan bagi maksud perjalanan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Enakmen ini.


                   Perak pula,  LAP Lembaga Air Perak
                              
                                                        
                                                           LATAR BELAKANG
                            
                                   
                                    Dato' Ir. Mohd Yusof Mohd Isa (Pengurus Besar LAP)      




    Sebelum 1 Januari, 1981, segala perkara yang bersangkutan dengan bekalan air di negeri Perak Darul Ridzuan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Perbekalan Air yang diketuai oleh seorang Jurutera Penguasa. Pada Januari, 1981, Jabatan Bekalan Air (JBA) telah ditubuhkan untuk mengambil alih segala urusan mengenai bekalan air daripada JKR. JKB diketuai oleh seorang Pengarah yang bertindak sebagai Ketua Eksekutif bagi jabatan berkenaan. Pentadbiran JBA dipecahkan kepada 10 buah daerah dalam negeri Perak yang terdiri daripada Kinta, Perak Tengah, Manjung, Batang Padang, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama, Kerian, Kuala Kangsar, Hulu Perak, dan Kampar. Lembaga Air Perak ditubuhkan mengikut Undang-undang Negeri Perak di bawah Enakmen 12 tahun 1988 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari, 1990.                                                                                                                 
                                   
                                                       Antara usaha-usaha LAP ialah : 
    • Perlunya mengawal pembaziran, terutamanya kehilangan air tak berhasil ke tahap munsabah.
    • Penggunaan teknologi yang optima.
    • Menghormati dan menjaga persekitaran.


      Sarawak, LAK Lembaga Air Kuching

    LATAR BELAKANG
    Bhg Datu Ir. Hubert Thian Chong Hui
    (Pengarah) 




    Lembaga Air Kuching telah ditubuhkan pada 1 Januari 1959, dengan kuasa Akta Lembaga Air Kuching 1959, Notification No. S. 12 of 1959, di bawah Seksyen 2 dan 3, Ordinan Bekalan Air untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching daripada Jabatan Bekalan Air Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air (Sarawak Cap. 141) yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada Januari 2001, Lembaga Air tersebut telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching 2001.

    Lembaga Air Kuching bertanggungjawab dalam pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan semua kerja pengepaman air dalam kawasan bekalannya dan polisi Lembaga Air Kuching adalah untuk mengembangkan pusat dan membangunkan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat memberi bekalan air berkualiti yang mencukupi dalam kawasan bekalannya. Penyesuaian sistem bekalan air adalah berdasarkan segala aspek kemodenan dan pembangunannya dirangka untuk memenuhi permintaan perkembangan pembangunan yang dirancang.

    Sejak permulaan operasinya pada tahun 1959, Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai organisasi kerajaan yang bebas. Organisasi ini mempunyai pejabatnya sendiri, tempat rawatan dan tugas-tugas pembekalan air yang lain, bengkel, stor dan kemudahan pengangkutannya yans sendiri.

    Lembaga Air Kuching tidak berorientasikan keuntungan tetapi merupakan organisasi perkhidmatan awam yang tujuan tunggalnya hanya untuk membekalkan air yang bersih dan boleh dipercayai kepada pengguna bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.


                                                  Antara usaha-usaha LAK ialah :

    • Pengurusan Air dan Pelaksanaan Projek-Projek Saliran dan Pengairan.
    • Tebatan Banjir
    • Kejuruteraan Sungai dan Pantai
    • Hidrologi dan Sumber Air
    • Perlaksanaan Jalan-Jalan Luar Bandar



      
    Di Utara pula Kelantan, JANK Jabatan Air Negeri Kelantan


                 
     
    LATAR BELAKANG


    Tg Adll bin Tg Abdullah(Pengarah)

    abatan Air Negeri Kelantan (JANK) merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan sumber air di Negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya  pada 1 Januari 1996, fungsi JANK adalah untuk mengawalselia perkhidmatan bekalan air yang telah diswastakan pada 1 Oktober 1995. Penubuhan jabatan ini juga adalah selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Bekalan Air 1995.
    Matlamat awal penubuhan jabatan ini adalah untuk mempastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan secara effisien selaras dengan Dasar Air Negeri. Namun setelah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) berkuatkuasa, fungsi kawalselia bekalan air telah diambilalih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bermula pada 1 Januari 2008. Pengambilalihan ini dilakukan di semua negeri di Semenanjung mengikut Akta Pengurusan Industri Air Negara (WISA).
    Ekoran dari pengambilalihan tersebut, Jabatan Air Negeri Kelantan kini berfungsi sebagai pengawalselia sumber air yang merangkumi kawasan tadahan, sungai, tasik, telaga dan semua sumber air mentah yang lain.
    Selain itu, jabatan ini juga masih mengawal projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia (RMK) yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi (AKSB) kerana ia melibatkan pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kerajaan Persekutuan.


    Antara usaha-usaha JANK ialah :


    • Memantau aktiviti manusia dan pembangunan di kawasan tadahan yang telah ditawartakan supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan (Prescribed Activity).
    • Mengawal penggunaan sumber air mentah secara perlesenan supaya kegunaannya dioptimumkan dan memberikan hasil royalti kepada Kerajaan.
    • Memberikan pendidikan kepada rakyat supaya menghargai air dan pentingnya pemeliharaan sumber air.




     
                                                                                                                             





Friday, June 3, 2011

Tip Untuk Menjaga Sumber Air Kita

  • Jangan membuang sampah sarap ke dalam sungai kerana sungai merupakan punca utama air minuman di Malaysia. Jumlah sungai yang tercemar serta "sungai mati" meningkat dengan mendadak dan ini membuktikan bahawa sungai-sungai di negara kita mengalami risiko pencemaran serta akan menambah kos rawatan air yang dibekalkan ke rumah kita 
  • Penggunaan barang kegunaan seharian di rumah seperti bahan pencuci yang tidak boleh dibiodegradasi, minyak masak, racun serangga dan bahan kimia seharusnya dikurangkan penggunaannya. Bahan pencuci yang boleh dibiodegradasi atau mesra alam, racun serangga organik harus dipilih untuk sebagai pengganti di samping memastikan minyak masak yang digunakan dibuang dengan cara yang selamat.                                          

  • Periksa kandungan klorofluorokarbon (CFC) atau "gas rumah hijau" yang lain yang dilepaskan oleh penghawa dingin,peti sejuk atau penyemburan racun serangga kerana pencemaran udara memberi kesan buruk kepada kitaran air dan sumber air kita. Berkongsi kereta juga disarankan untuk mengurangkan pengeluaran asap kenderaan yang banyak.
                 
     


    • Laporkan sebarang pencemaran air disebabkan oleh sisa buangan industri yang disalurkan ke dalam sungai, pencemaran udara oleh asap kilang, pembalakan tanpa kebenaran, penyalur sisa kumbahan yang tidak dirawat serta aktiviti pembangunan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik di sekitar kawasan tempat tinggal anda. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab!          

    Friday, May 6, 2011

    Dari Mana Sumber Air Mentah Diperoleh ?

    Kitaran air tiada titik permulaan dan kuantiti air di muka bumi tidak berkurangan kerana air sentiasa bergerak dalam satu kitaran serta jumlah air di permukaan bumi sentiasa sama pada setiap masa. Oleh sebab itu, aktiviti seharian kita seperti pembuangan sampah ke dalam sungai, pembakaran terbuka atau penggunaan racun serangga yang berlebihan mempunyai kesan yang besar terhadap kitaran air.                                                          Kitaran air merangkumi tiga proses utama iaitu aliran masuk, aliran keluar serta penyimpanan. Aliran masuk air membekalkan air ke dalam kitaran hidrologi, manakala aliran keluar pula mengeluarkan air.




    Tadahan air merupakan proses penyimpanan air pada bahagian tertentu dalam kitaran air. Air bergerak dalam satu kitaran dan ini dapat dibuktikan kerana aliran masuk air kepada satu bahagian merupakan aliran keluar air kepada bahagian lain pada masa yang sama.

    Sebagai contoh, apabila air meresap masuk ke dalam permukaan tanah, aliran masuk berlaku di akuifer. Pada masa yang sama, di dalam proses ini air yang mengalir keluar daripada akuifer ke dalam sungai yang merupakan aliran keluar daripada akuifer pula merupakan aliran masuk kepada sungai. 

    Lama-kelamaan jika kadar air yang mengalir masuk ke dalam akuifer melebihi kadar air yang mengalir keluar, maka air akan ditadah dan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Sebaliknya jika kadar air yang mengalir melebihi kadar air yang mengalir masuk, maka "KEKURANGAN AIR" akan berlaku dan berkemungkinan menyebabkan.....